Tuesday, September 02, 2008
barangkali saya patut berbahasa melayu. ini pun kerana saya berada di makmal komputer yang padat dan ramai betul rakan sekelas berbangsa irish disekelilingku. ramai gila. monitor ni pulak menghadap ke kanan maka bukan saya sahaja yang dapat melihat apa yang ditaip.mungkin mereka bersangkaakn bahawa saya seorang yg poyo kerana menaip dalam bahasa sendiri. mungkin juga mereka beranggapan bahawa saya memang bersifat 'kebangsaan'. bukan definasi kebangsaan seperti yang kita belajar di sekolah dulu tapi sifat menyendiri dengan bangsa sendiri. saya sekarang sangat senyap. semua orang berkata-kata. dua orang sedang memandang saya seperti mereka sudah mengenali saya dengan baik tapi pelik dengan perangai saya. memang pun mereka mengenali saya dengan baik. kasihan. mungkin juga saya bengang dengan individu di sebelah ni kerana membatalkan air sembahyang saya dengan tidak sengaja. mungkin juga saya belum dapat menyesuaikan diri dengan sepenuhnya. mungkin juga ini ramadhan, dan saya tak mahu terlalu OTT, penat juga sehari tak makan dan minum. tambahan pula rotation orthopaedics memang susah. mungkin juga saya sengal. saya malas. saya stress. mudah saja penjelasan itu, kan?seperti biasa tak byk yg baru. saya hanya perlu tidur 5 jam kurang dari yang sepatutnya, dan jadi 15 kali lebih rajin. itu saja. tak byk yg baru, kan saya dah kata. okay. saya patut pergi. tak tahu nak balik ke nak tinggal di hospital. perpustakaan pun dah tutup. entry ini cukup jujur. saya malas nak bersembunyi. type saja apa yg difikirkan. okay. balik lah. penat.saya mahu tempat lain. orang lain. hidup lain.
<3 <3 <3
18:04